Aplikasi Learning + Quest Game yang comfirm 100% menarik tumpuan murid

 


Hola,

Dear Educators,


Hope everyone is doing great. Di sini saya nak memperkenalkan satu aplikasi yang sangat menarik dan very interaktif. Murid confirm akan menyukai dan akan sentiasa menanti-nanti kelas kita. Murid comfirm akan bermain berkali-kali dan mengingati apa yang dipelajarinya. Bukan murid sahaja, malah kita pun akan jadi addicted. Saya pernah main nonstop selama 2 jam. 

Aplikasi ini adalah gabungan games + kuiz ( games+ Quizzi + Kahoot). Di sini murid akan bermain sambil belajar. Terdapat pelbagai games pilihan dan setiap games ada beberapa level dengan tahap kesukarannya. Aplikasi ini dipangil Blooket. Aplikasi web based, so kita tak perlu download atau install. Boleh guna laptop/ handphone untuk aplikasi ini. Very user friendly. 

Pengajar hanya perlu create soalan dan  save as a game. KIta ada pilihan samada untuk assign sesuatu games tu sebagai homework atau boleh play secara live dengan pelajar sewaktu PdPr melalui applikasi seperti Zoom/Team/Google Meet. . Link  atau code homework bolehlah kita sharekan di Google Classroom atau di media media lain seperti Whatsapp/Telegram dan sebagainya.

Jom tengokkan stepnya.

Step 1:

Klik pautan link applikasi https://www.blooket.com atau sarch "Blooket" di Google searh.

Untuk guru,  first time kita perlu sign up dan login. Boleh guna gmail untuk sign up atau secara manual. Murid tak perlu sign up, mereka hanya perlukan link atau code daripada kita. Unless, murid mengunakan handphone dia perlu sign up n login untuk main. Untuk yang mengunakan laptop/pc/tab tak perlu sign up, terus klik link atau code untuk play game.



Step 2: Menu Discover



Di bahagian ini, kita boleh buat carian set soalan-soalan sedia ada yang telah dibuat oleh guru-guru yang lain.

Pilih satu set soalan dan assign sebagai homework atau host live game sewaktu kelas online kita


Pilih satu game mode


HW- untuk assign homework

Host- untuk kita jalankan live game dengan pelajar-pelajar kita.





Step 3: Menu Create

Kalau kita tak dapat set soalan yang dikehendaki, kita create satu set mengikut keperluan kita. Best kalau kita create sendiri, boleh add gambar, letak timing, boleh buat banyak soalan.


kalau ada set soalan-soalan di Quizlet boleh import terus atau kita create secara manual. Semua set yg kita create akan tersimpan dalam dashboard kita.



Seperti Quizzi, kita boleh lihat report assigment atau live game yang dimain oleh murid. seperti:

1.bilangan yang menjawab

2.Jawapan yang betul

3.Jawapan yang salah

dan sebagainya.

Anda boleh explore dengan sendiri atau lihat video tutorial ini untuk mengetahui kesemua features dan fungsinya. 


Selamat Mencuba

With Luv,
Tcher Mage





Cara Cara Recover File-File Yang Terdeleted Dari PC/ PENDRIVE

\Salam Mesra,

Hari ini saya nak ceritakan step bystep untuk recover file-file yang terdelete dari pc atau removeable media seperti pendrive. Kita bernasib baik, kalau terdelete dari pc, masih boleh cari di recycle bin. Katakan lah, kita perasan yang kita terdelete file penting lepas kita clearkan recycle bin. HeHeHe, rasa nak letupkan pc masa tu.

Bayangkan, kalau terdelete dari removeable media seperti pendrive. Nak cari kat recycle bin pun tak boleh. Kerana ia akan terdelete terus. Sebenarnya, pc/ pendrive akan masih simpan file file ini, kita je yang tak nampak. 

Jangan stress, semua pemasalahan akan ada solusinya, Now,  saya akan tunjukkan cara nak dapatkan balik file-file yang terdelete itu, tapi syaratnya kalau file terdelete dari pc, kenalah cepat cepat retrieve sebelum pc kita over-write drive kita. 

Step 1:

Download software : Recuva (https://www.ccleaner.com/recuva/download)




Software ini ada versi percuma dan berbayar. Kita just gunakan yang free sahaja. Yang free pun cukup cun untuk kita bereskan kerja kita.

Step 2: Install Recuva


Tekan Install dan lepas siap install tekan Run Recuva dan tekan Next


Step 3: Pilih file type



Kalau tak pasti, just pilih all files. Kalau pendrive, cucuk siap siap pendrive di pc/laptop. baru pilih all types.

Step 4: Proses retrive

Semua file yang terdelete akan dipaparkan. kita pilihlah file yang kita nak. mudahkan..

Kalau nak lihat secara detail, boleh tekan link youtube ini.

Saya harap post ini dapat membantu anda, 

with Luv,
Tcher Mage 





Cara tukarkan Lembaran Kerja berbentuk PDF ke Editable PDF


Cara tukarkan Lembaran Kerja berbentuk PDF ke Editable PDF




Hola,

Salam mesra. Kini, kita semua sedang melakukan PdPr dan banyak cabaran yang harus kita tempuhi. Walaubagaimanapun, kita akan menempuhnya dengan jaya..Kita kansuperheroes. 

Dalam post ini saya akan tunjukkan step by step untuk menukarkan lembaran kerja yang berbentuk PDF ke bentuk PDF yang boleh di edit. Lepas itu, bolehlah kita send ke murid melalui Whatsapp/ Telegam/Google Classroom atau sebagainya. Murid hanya perlu type masukkan jawapan dan  send balik kepada kita.

Kita pun bolehlah simpan lembaran murid tersebut dalam bentuk digital sebagai evidens/ untuk dokumentasi. 


Step 1: 

Kita search dalam carian google untuk PDFEscape. Kita boleh sign up atau just terus guna app ini. Tekan Free Online


Step 2: Upload Lembaran Kerja PDF


Step 3:  Edit PDF

Antara features yang boleh kita gunakan ialah seperti di gambar






Menu Insert
1. Text                   -    Untuk insert text
2. FormField         -    Untuk buat fillable box ( untuk membolehkan kita type)
3. Link                  -     Boleh insert HyperLink
4. Whiteout           -    Untuk hilangkan sesuatu bahagian.

Menu Annotate 
1. Highlighter
2. Sticky Note
3. Comment Box

Menu Page
1. Crop
2. Rotate

Ada banyak lagi featuresnya, ini adalah antara yang boleh kita gunakan untuk mengedit lembaran kerja kita

Step 4: Save dan download PDF


Step 5: Boleh send kepada murid

Lembaran kita dah ready. Bolehlah kita send kepada murid kita. Kalau murid guna pc/laptop, dia hanya perlu download dan typekan jawapan and resend kepada kita

Katakan murid hanya mempunyai handphone, so kita harus minta murid untuk download applikasi WPS office dari Playstore. Barulah dia boleh download PDF ini dan boleh edit jawapan guna WPS Office. Dengan adanya WPS office, sebarang bentuk Docs seperti PDF, Words, Excel dan PPT boleh diakses.


Di sini saya sharekan video youtube yang menunjukkan setiap step step ini secara detail.


    
So, cara ini memudahkan para guru, murid dan ibubapa. Tak perlu lah murid menyalin atau parents beli printer. Cikgu pun bolehlah simpan secara teratur semua lembaran murid untuk dokumentasi.

Welcome

 Hola Guys,

This is my blog, and this is my very first post. Planning to post things/anything related to Instructional Techs. I will provide tutorials and materials which can help educators out there. You also can follow me on Youtube: https://www.youtube.com/c/TCHERMAGE