Aplikasi Learning + Quest Game yang comfirm 100% menarik tumpuan murid

 


Hola,

Dear Educators,


Hope everyone is doing great. Di sini saya nak memperkenalkan satu aplikasi yang sangat menarik dan very interaktif. Murid confirm akan menyukai dan akan sentiasa menanti-nanti kelas kita. Murid comfirm akan bermain berkali-kali dan mengingati apa yang dipelajarinya. Bukan murid sahaja, malah kita pun akan jadi addicted. Saya pernah main nonstop selama 2 jam. 

Aplikasi ini adalah gabungan games + kuiz ( games+ Quizzi + Kahoot). Di sini murid akan bermain sambil belajar. Terdapat pelbagai games pilihan dan setiap games ada beberapa level dengan tahap kesukarannya. Aplikasi ini dipangil Blooket. Aplikasi web based, so kita tak perlu download atau install. Boleh guna laptop/ handphone untuk aplikasi ini. Very user friendly. 

Pengajar hanya perlu create soalan dan  save as a game. KIta ada pilihan samada untuk assign sesuatu games tu sebagai homework atau boleh play secara live dengan pelajar sewaktu PdPr melalui applikasi seperti Zoom/Team/Google Meet. . Link  atau code homework bolehlah kita sharekan di Google Classroom atau di media media lain seperti Whatsapp/Telegram dan sebagainya.

Jom tengokkan stepnya.

Step 1:

Klik pautan link applikasi https://www.blooket.com atau sarch "Blooket" di Google searh.

Untuk guru,  first time kita perlu sign up dan login. Boleh guna gmail untuk sign up atau secara manual. Murid tak perlu sign up, mereka hanya perlukan link atau code daripada kita. Unless, murid mengunakan handphone dia perlu sign up n login untuk main. Untuk yang mengunakan laptop/pc/tab tak perlu sign up, terus klik link atau code untuk play game.



Step 2: Menu Discover



Di bahagian ini, kita boleh buat carian set soalan-soalan sedia ada yang telah dibuat oleh guru-guru yang lain.

Pilih satu set soalan dan assign sebagai homework atau host live game sewaktu kelas online kita


Pilih satu game mode


HW- untuk assign homework

Host- untuk kita jalankan live game dengan pelajar-pelajar kita.





Step 3: Menu Create

Kalau kita tak dapat set soalan yang dikehendaki, kita create satu set mengikut keperluan kita. Best kalau kita create sendiri, boleh add gambar, letak timing, boleh buat banyak soalan.


kalau ada set soalan-soalan di Quizlet boleh import terus atau kita create secara manual. Semua set yg kita create akan tersimpan dalam dashboard kita.



Seperti Quizzi, kita boleh lihat report assigment atau live game yang dimain oleh murid. seperti:

1.bilangan yang menjawab

2.Jawapan yang betul

3.Jawapan yang salah

dan sebagainya.

Anda boleh explore dengan sendiri atau lihat video tutorial ini untuk mengetahui kesemua features dan fungsinya. 


Selamat Mencuba

With Luv,
Tcher Mage





No comments:

Post a Comment