Video Chat Telegram untuk Kelas Online

 


Hola, 
Tcher Mage di sini.

Salam mesra. Di sini saya sharekan tutorial pengunaan fungsi baru telegram untuk kelas online @PdPr kita. Mudah digunakan dan user friendly features. ala ala Google Meet. Ada fungsi share screen dan murid boleh on camera and mic. Murid pun boleh sgare screen.

Limitasi: hanya untuk 30 org dalam satu masa (akan diupgradekan kepada kepada lebih ramai utk join kelak).
Sewaktu share screen, kita tidak boleh lihat camera muird. Ahh..di sini saya akan sharekan satu cara untuk lihat camera murid n paparan screen yang kita sharekan.
Jom lihat tutorialnya.

Untuk paparan yang lebih baik : https://youtu.be/dZ9YrZIfSyg




With Love,
Tcher Mage

Setupkan 2-Step verification untuk Akaun Facebook & Google

 




Hola,

Tcher Mage here. Tutorial saya adalah tentang cara setupkan 2-Step Verification untuk akaun Facebook dan Google milik kita. Sangat penting untuk kita setupkan security ini supaya akaun kita selamat dari digodam (hacked). 

Saya hampir jadi mangsa modus penipuan di Facebook. Ceritanya begini,  sewaktu saya sedang minum kopi di pagi hari Sabtu, saya terima mesej daripada kawan saya di messenger . Dia minta untuk no hp saya. So saya pun bagilah, ingatkan dia hilang no telefon saya. Sebelum saya bagi no hp, saya scroll atas untuk lihat mesej mesej lama untuk pastikan yang hantar adalah kawan saya. Semua mesej-mesej lama ada. So memanglah ianya akaun fb kawan. I shared my hp no. Lepas tu, terima lagi mesej yang dia telah sertai satu contest Shoppe dan perlukan bantuan kawan-kawan untuk dia menang. Dia minta saya copy n paste mesej yang akan saya terima melalui text mesej di HP. 

Saya pun buat seperti dia, nasib saya baik, saya baca sebelum paste ke mesenger. Rupanya 6 tac number untuk tukar password akaun shoppe saya. Saya immediately block akaun tersebut di FB dan call kawan saya. Rupanya, akaun dia kena hacked. Poor girl. she is so sad.

Lately,  banyak kes scam di fb. Kita boleh lindungi akaun kita daripada kena hacked. Kita setupkan 2 Step Verification.

Moood saya sekarang: sangat lapar dan tak boleh nak taip panjang so saya sharekan video tutorial untuk anda. Lepas lihat, make sure anda setupkan security ini. 

Pesanan Khidmat Masyarakat: Lindungilah diri kita daripada kena scam.

Untuk paparan video yang baik tekan link youtube: https://youtu.be/i_BJUooF1KU



With Luv,

Tcher Mage




One Stop Classroom- Jom Create Site Classroom

 



Vanakam,

Teacher Mage di sini. 

Semua guru sibuk dengan PdPr. Banyak benda yang perlu dibuat; video pengajaran, ambil kehadiran murid, buat kuiz/ lembaran kerja, kena simpan eviden kerja murid. Pening, Pening.Pening..Hahaha.


No worries teachers, I have a solution. Solusinya ialah kita create/bina sites pembelajaran. Mudah je.

KIta guna applikasi Google Sites. 

Step 1:

Kita ke Google Drive


Tekan new ,- cari google sites dan tekan

Step 2: Crete site



Kita masukkan tittle, page dan sub pages

Menu insert, pages dan theme


Menu insert: Untuk kita masukkan text, embed link, upload image dan share docs dari Google drive. Ada banyak tools lagi, perlu scrool down

Menu Pages: Untuk kita insert page dan subpages

Menu Theme: Pilihan theme (warna, design) untuk site kita

Di sini saya sharekan video tutorial, di mana saya sharekan cara-cara create site classroom secara sistematik. Memang sangat mudah. Saya create by class dan date. Saya dapat share link kehadiran, video pengajaran, link worksheet/kuiz, link untuk penghantaran eviden dalam satu page sahaja. 

Untuk paparan yang lebih baik ;link youtube : https://www.youtube.com/watch?v=gspuGZUkqSU



Trust me, you will enjoy it, Happy creating


With Luv,

Tcher Mage

Rakam dan edit video PdPr anda seperti Pro

 





Yes, you heard it rite !! hehehehe


Hola, Tcher Mage di sini,

Semasa explore app ini, saya jadi excited dan terus ingin buat sharing dengan semua tentang applikasi yang sangat sangat user friendly ini. Yang tak mahir video editing pun boleh hasilkan satu video PdPr yang cantik.

Aplikasi ini dipanggil "RecordCast". Recordcast adalah aplikasi rakaman skrin dan video editor web based yang percuma. Kita tak perlu donwload and install. Just search di google untuk RecordCast dan carian pertama search akan tertera link page ini.

Link URL: https://www.recordcast.com/



Step 1: Sign up/Log ini

Step 2:  Set area dan start rakaman

Step 3 : Download rakaman yang siap, boleh edit guna applikasi video editor lain atau guna video                    editor yang sedia ada dan edit video kita seperti Pro. Video yang diedit and dieksport tidak akan ada watermark dan boleh didownload dalam resoluion yang tinggi

Step 4 : Share dengan Murid

Step 5: Bancuh kopi dan relax. Satu kepuasan yang akan kita dapat apabila berrjaya menghasilkan satu                 video PdPr yang cantik.

Untuk mengetahui secara detail, boleh lihat video tutorial ini. Enjoy..

 Pautan Youtube, untuk paparan yang lebih baik : https://www.youtube.com/watch?v=ab9FKRrKi-U





With Luv 
Tcher Mage

Mudahkan Kerja Anda dengan Virtual Desktop Windows 10

 



Apakah Virtual Desktop Windows 10

Windows 10 akhirnya menambahkan desktop maya sebagai ciri terbina sedia ada. Aplikasi ini memang sedia ada untuk pengguna Mac namun kini pengguna Window 10 pun boleh enjoy dengan feature ini yang sangat membantu. Sekiranya anda membuka banyak aplikasi sekaligus - atau menggunakan PC anda untuk pelbagai jenis tugasan yang berbeza - desktop maya ini menawarkan cara mudah dan lebih berorganisasi dan membolehkan kita fokus terhadap kerja kita

Ia membolehkan anda membuat banyak desktop terpisah/asing yang masing-masing dapat memaparkan tetingkap dan aplikasi yang berbeza. Penggunaan ini memudahkan kita apabila kita perlu melakukan beberapa tugas atau kerja yang berlainan pada waktu yang sama. Ia membantu kerja lebih berorganisasi dan dapat kita fokus pada sesuatu tugas yang dilakukan.


Jom lihat tutorial ini untuk mengetahui cara-cara untuk membuka Vitual Dekstop ini dan cara untuk memudahkan kerja kita dengan Virual Desktop Ini.


Selamat bermulti tasking

Harap ini dapat membantu anda.

With Luv, Tcher Mage


Cara Kesan Kes Covid Yang Dilaporkan Berhampiran Rumah Kita

 





Hola everyone,

Tcher Mage di sini. Saya nak share satu info yang sangat sangat berguna kepada kita. Selalunya kita guna hotspot tracker di Applikasi MySejahtera untuk mengetahui bilangan kes yang dilaporkan dikawasan kita. Di sini, saya kan tunjukkan untuk mengesan lokasi kes yang dilaporkan.

Jom tengok video pendek ini.


Saya berharap video ini dapat membantu anda. 

Stay At Home, Stay Safe.


With Luv,

Tcher Mage

Langkah Mudah Lajukan PC/ Laptop.

 




Hola,

Hari ini saya nak tunjukkan langkah-langkah mudah untuk lajukan pc/laptop. Sangat senang caranya.

Hampir semua orang yang memiliki pc/laptop permah atau sedang menhadapi masalah pc slow...lagging..ambil masa yang lama untuk on sepenuhnya. Di sini saya sharekan video yang menjukkan cara-caranya. Bila kita melihat visual lagi senang  untuk difahami dan melakukan step-step yang diperlukan untuk melajukan pc.


Untuk paparan yang lebij baik , tekan link youtube ini.

https://youtu.be/SgmG4jVej0I





Harap video ini dapat membantu mempercepatkan ,

Kalau video ini membantu anda, silalah share supaya bermanfaat kepada semua. 

SHARING IS CARING.


Thank You,

With Luv,

Tcher Mage