Hola,
Tcher Mage here. Tutorial saya adalah tentang cara setupkan 2-Step Verification untuk akaun Facebook dan Google milik kita. Sangat penting untuk kita setupkan security ini supaya akaun kita selamat dari digodam (hacked).
Saya hampir jadi mangsa modus penipuan di Facebook. Ceritanya begini, sewaktu saya sedang minum kopi di pagi hari Sabtu, saya terima mesej daripada kawan saya di messenger . Dia minta untuk no hp saya. So saya pun bagilah, ingatkan dia hilang no telefon saya. Sebelum saya bagi no hp, saya scroll atas untuk lihat mesej mesej lama untuk pastikan yang hantar adalah kawan saya. Semua mesej-mesej lama ada. So memanglah ianya akaun fb kawan. I shared my hp no. Lepas tu, terima lagi mesej yang dia telah sertai satu contest Shoppe dan perlukan bantuan kawan-kawan untuk dia menang. Dia minta saya copy n paste mesej yang akan saya terima melalui text mesej di HP.
Saya pun buat seperti dia, nasib saya baik, saya baca sebelum paste ke mesenger. Rupanya 6 tac number untuk tukar password akaun shoppe saya. Saya immediately block akaun tersebut di FB dan call kawan saya. Rupanya, akaun dia kena hacked. Poor girl. she is so sad.
Lately, banyak kes scam di fb. Kita boleh lindungi akaun kita daripada kena hacked. Kita setupkan 2 Step Verification.
Moood saya sekarang: sangat lapar dan tak boleh nak taip panjang so saya sharekan video tutorial untuk anda. Lepas lihat, make sure anda setupkan security ini.
Pesanan Khidmat Masyarakat: Lindungilah diri kita daripada kena scam.
Untuk paparan video yang baik tekan link youtube: https://youtu.be/i_BJUooF1KU
With Luv,
Tcher Mage
No comments:
Post a Comment