CARA DOWNLOAD GAMBAR-GAMBAR / ALBUM / VIDEO DI FACEBOOK DALAM BEBERAPA SAAT
Yes, you heard it rite.. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kerja download ratusan gambar dan video facebook boleh dilakukan. Saya jenis pemalas, nak tekan satu demi satu gambar dan download memang saya tak akan buat. Kemalasan saya mendorong untuk mencari jalan mudah dan akhirnya saya berjaya. Berjaya dapat solusi.
"Dorongan membawa kejayaan' Quoted by Tcher Mage.
Saya suka download gambar-gambar yang di post kan oleh para guru. Memang sangat membantu saya dalam PdPr. Tapi bayangkan bila ada 100 images dalam satu album dan untuk download satu demi satu akan mengambil masa yang lama. Mata dan jari pun akan bengkak.
Jom Kita lihat caranya
Cara download gambar:
1. Downalbum
Step 1: Di google search, search untuk chrome web store
Step 2: Di chrome web store, buat carian untuk extension "Downalbum".
Step 3: Tekan extension tersebut, bila page extension wujud, tekan :add to Chrome".
Step 4: Buka facebook, pilih album dan tekan extension Downalbum dan mulakan aktiviti
mendownloading anda.
Untuk lebih jelas, boleh lihat tutorial saya: https://www.youtube.com/watch?v=4r5YWAK2RSU
Nota: kalau extension ini tak berfungsi dalam laptop anda. Sila try try No. 2
2. Album Downloader
Step 1: Di google search, search untuk chrome web store
Step 2: Di chrome web store, buat carian untuk extension "Album Downloader for Facebook"
Step 3: Tekan extension tersebut, bila page extension wujud, tekan :add to Chrome".
Step 4: Buka facebook, pilih album dan tekan extension Album downloader dan mulakan aktiviti
mendownloading anda.
Untuk lebih jelas, boleh lihat video tutorial saya: https://www.youtube.com/watch?v=86ARhdQAFKA
3. Social video downloader
ada dua cara:
Cara a:
Step 1: pilih video facebook yang anda ingin download, tekan tiga titik di atas video, bila menu keluar,
tekan copy link.
Step 2: Buka website: https://www.getfvid.com/ , dan pastekan link yang anda copy tadi. (press button
keyboard- "ctrl + V" untuk pastekan link)
Step 3: Bila paparan video keluar, tekan tiga titik di bawah kanan video, dan downloadkan video tersebut.
Taada, senangkan
Cara b:
Step 1: Di google search, search untuk chrome web store
Step 2: Di chrome web store, buat carian untuk extension "Social Video Downloader"
Step 3: Tekan extension tersebut, bila page extension wujud, tekan :add to Chrome".
Step 4: Buka facebook, pilih video yang anda inginkan dan tekan extension Social Video
Downloader dan mulakan aktiviti mendownloading anda.
Untuk lebih jelas, boleh lihat video tutorial saya: https://www.youtube.com/watch?v=fhsDY7dkYmM
Selamat mendownloading,
With Love,