Tingkatkan Volume Speaker PC/Laptop Anda

 

Tingkatkan Volume Speaker PC/Laptop Anda



HI Salam Mesra,

Tcher Mage datang lagi dengan tutorial yang boleh membantu orang yang mengalami masalah seperti saya. Saya selalu hadapi masalah speaker volume rendah dalam laptop saya. Setiap kali saya nak melihat Youtube atau mendengar lagu atau Webinar secara online, memang susah. Terpaksa pakai external speaker atau headphones. 

Semasa PDPR, sharing screen Youtube dengan murid sewaktu Google Meet pun susah. sangat rendah (low)volume.

Ketika persekitaran yang bising, mmg langsung tak dengar apa-apa. Terpaksa lekatkan telinga dengan skrin laptop 😂😂😂😂. Saya jenis tak suka pakai headphones.

So dalam blog ini saya kan sharekan satu solusi untuk kita. Hanya dalam beberapa saat sahaja, masalah kita settle. Saya akan tunjukkan untuk browser Chrome, Mozila dan Microsoft Edge. 

1. Untuk Chrome

Step 1: Buka Google dan search untuk Chrome Web Store
Step 2: Dibahagian search di Chrome Web store, buat carian "volume booster"


Step 3: Chrome akan tunjukkan beberapa extension untuk kita pilih dan add extension dalam chrome kita.
Step 4: Macam saya, saya pilih volume booster extension yang banyak user dan review yang tinggi. 
Step 5: Tekan pilihan anda dan tekan pada button add to chrome



Step 6: Lepas add to chrome, pinkan extension di bahagian atas supaya senang kita nak akses.
Step 7: Buat testing,  buka satu video di youtube dan test speaker anda.

Taadddaa..settle masalah anda.

2. Untuk Mozila dan Microsoft Edge

Step 1: 


Step 2: Ikut semua step seperti yang diberikan untuk Chrome (diatas)

Kalau anda nak clear lagi, bolehlah lihat video tutorial saya di https://www.youtube.com/watch?v=ZNKLnQg8FRY


Selamat mencuba.

With Luv 

No comments:

Post a Comment